John Stevenson dalam artikelnya Breaking The Fourth Wall and The Third Space kata konsep pemecahan dinding keempat bermula dengan seorang tokoh teater, Denis Diderot (1713-1784) yang menulis satu kritikan mengenai teater di abad ke-18. Di zaman Diderot, teater barat terbahagi kepada tragedi dan komedi, yang saling terpisah dan eksklusif. Diderot telah mencadangkan beberapa idea untuk mengisi ruang kosong di antara dua genre itu, salah satunya adalah dengan mengetengahkan lakonan yang lebih bersahaja dan sebuah pementasan yang membawa gaya komparatif semulajadi. Ini bermaksud penonton akan dipersembahkan dengan satu pementasan di mana satu kejadian benar-benar berlaku akan muncul jika diperhatikan melalui dinding keempat yang lutsinar yang terdapat di dalam ruang tersebut.
Anne C. Sticher pula kata ‘fourth wall’ atau dinding keempat merupakan satu garis halimunan yang memisahkan pentas dan penonton di mana sesebuah pementasan berlaku menerusi satu “proses di mana penonton dengan ajaibnya menyaksikan secebis kisah kehidupan”. Pemecahan dinding keempat boleh melibatkan sesuatu seringkas bercakap secara langsung dengan penonton, sehingga ke satu tahap menjemput mereka untuk turut terlibat di dalam pementasan. Sticher dalam thesisnya The Role of Breaking The Fourth Wall in Audience Ego Identification mengatakan bahawa pemecahan dinding keempat ke atas penonton secara langsung akan meningkatkan identifikasi ego yang dialami oleh penonton sewaktu pementasan. Identifikasi ego adalah satu proses yang berlaku apabila penonton menghayati dan mengikuti perilaku sesebuah karekter dalam sesebuah plot.
Dalam Breaking the Fourth Wall: The effects of Metareference and Direct Address in Fictional Narrative, Jordan Schroeder kata “breaking the fourth wall” sebagai terma kolokial untuk ‘metarefence’ yang didefinisikan sebagai situasi apabila sesebuah karya fiksyen mengandungi karekter yang menunjukkan kesedaran mengenai kewujudan mereka di dalam karya tersebut sepeti filem, program TV atau buku, dan menyedari bahawa mereka diperhatikan penonton.
Contoh paling jelas dan terkini pula, Deadpool.
Sekian, sembang knowledge hari ini.