1 Muharam (19 Julai 2023) yang lalu, ada tulis di FB tentang 3 benda yang saya nak berhijrah.
No. 1, Perihal DuBook.
DuBook takkan buat buku dah. DuBook akan jadi benda lain. Bukan lagi Syarikat Penerbitan Buku. Bukan lagi Ejen Perlawanan Anak Muda.
Idea tukar DuBook jadi benda lain ini, sudah dibentang kepada Board sejak Ogos tahun 2020 lagi. Banyak sangat sentimental value kononnya, tangguh dan tangguh sampailah ke Maal Hijrah 1445, rasa ia tak patut ditangguh lagi.
Buat kerja sama, harap hasil berbeza, itu namanya Bodo. Saya kena buat sesuatu yang berbeza. Maka Hijrah itu Perjuangan harus dilakukan.
Hal penerbitan buku akan diambil alih oleh Buku Liar dan buku yang dikerjakan semalam, adalah buku pertama Buku Liar. Buku Liar ini tidak hanya buat buku sahaja, ada dia punya Ekosistem Buku Liar itu sendiri.
Falsafah Buku Liar ada 3:
1. Hasilkan buku untuk orang yang tidak membaca, buat mereka meluap-luap membaca buku.
2. Buku yang nipis. Bawah 150 muka surat. Supaya orang yang selama ini tidak membaca sebab malas, berbangga, dapat habis membaca sebuah buku.
3. Sasarkan bahan bacaan untuk mereka yang keras dan melawan berumur 18 – 25 tahun. Orang tua boleh baca buku agama-agama atau Quran. Yang pussi boleh tumpu baca buku healing.
Jumaat ini ada Pelancaran Buku Liar yang pertama. Ini antara perkara di bawah Ekosistem Buku Liar. Terbit buku tidak sekadar terbit, ada pelbagai acara satelit untuk buku tersebut
Tak pernah kami buat sebelum ini, tapi macam dikata, kena buat lain cara untuk dapat hasil berbeza. Penulis kata lepas ini dia nak buat sendiri Baca Naskah. Happy bila ada penulis yang gigih menjual buku sendiri seperti ini.
Jemput tonton pelancaran sulung Buku Liar. Powernya buku ini mengingatkan buku-buku amarah bikinan saya dahulu. Dah lama tak baca buku yang marah seperti ini.
Selamat Datang Buku Liar. Terus Liar Dan Angkuh!