Description
Syair Dukana Lubaba adalah sebuah syair panjang mengisahkan Lubaba, saksi mata tragedi di padang Karbala. Beliau adalah isteri Abal Fadl Abbas.
Dalam perjalanan ke Iraq, Lubaba mendendangkan rangkaian Syair Adam; dan Syair Noh untuk didengar oleh anak-anak bagi melekakan mereka oleh jauh pengembaraan. Syair- syair tersebut mengisahkan penciptaan Nabi Adam a.s, kejadian di syurga dan turunnya baginda ke bumi sehinggalah peristiwa pembunuban Habil.
Manakala Syair Noh pula mengisahkan dakwah Nabi Noh untuk mengajak umatnya kepada Allah tetapi dipersendakan dan bagaimana baginda beroleh wahyu untuk membina bahtera.
Selepas melihat peristiwa Karbala, Lubaba turut mengikut rombongan Zainab iaitu adik Saidina Hussein ke Kufah, Damsyik dan pulang ke Madinah.