Search
Close this search box.

Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang

Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang

Penulis: ZF Zamir
Terbitan: DuBook Press

RM20

Description

Buku ini mengandungi pelbagai bahagian, satu himpunan tulisan penulis di bermacam media seperti di The Malaysian Insider dan Projek Dialog.

Kalau diperhatikan, tulisan-tulisan ZF Zamir ada yang usianya sudah bertahun yang lepas namun isu-isunya masih segar kerana inilah hakikat yang sedang berlaku di negara kita, khususnya kepada anak-anak muda kita.

“Apalah guna sekolah-sekolah didirikan; kalau tak dapat mengajar mana yang benar, dan mana yang tidak…”.

Buku ini diakhiri dengan bab Kritik Teater. Mungkin ada yang tertanya mengapa soal seni dan sastera diselitkan sekali dalam buku yang tajuknya cenderung kepada pendidikan. Tema sebenar buku ini bukanlah semata-mata pendidikan yang mengongkong, namun konteks yang lebih luas seputar permasalahan politik, ekonomi dan sosial melalui perkaitannya dengan persoalan kelas, budaya, etika dan macam-macam lagi.

Ringkasnya, penulis cuba untuk menerangkan hegemoni, penindasan dan dominasi sebagaimana yang diketengahkan oleh Gramsci. Peraturan dan dasar yang ditekankan oleh State (negara) banyak mendasari tulisas dalam buku ini, seolah-olah penulis berpendapat bahawa ia satu ketidakadilan kepada masyarakat, khususnya AUKU dan HEP.