Description
Perhubungan antara dua insan itu terbatas dengan waktu. Tiba satu titik noktah, ia pasti berakhir juga. Yang masih ada inilah sisa harapan. Maka, hargailah sesempurna mungkin setiap saat dan waktu. Sekurangnya tiada penyesalan tercerita kerana usaha itu pernah dicipta.
– Syafiq Ridhwan
Sebuah jiwa yang telah musnah tak akan boleh dibina semula dalam masa sekejap. Maka, teruslah kau berusaha membentukkannya semula. Cuma masa yang akan menentukan kembalinya sebuah jiwa yang lama. Namun kau kena ingat. Jiwa yang pernah hancur tadi boleh jadi 2 keadaan, sama ada ia kembali seperti dulu atau ia akan pergi buat selamanya.
Faham kan?
– Firdaus Mokhtar
Kerana rumah tangga itu maknanya tempat dan usaha, maka Tuhan ciptakan mereka berdua berbeza, untuk saling berdua belajar dan membesarkanNya di dalam cinta dan jiwa mereka. Berhasil menjadi hamba. Berperanan pula pada setiap yang di usaha.
– Abu Hurairah