Description
MELAYU-LAH YANG TERPALING MULIA
Buku ke-5 nukilan Shah Hadri ini bakal menampar pendekar-pendekar melayu diluar sana, kononnya kitalah bangsa yang terpaling mulia dengan adat dan ketuanan.
Sedang bangsa kita sendiri dijarah dengan pelbagai pemikiran songsang dan meloyakan.
Apakah dengan berbusana Melayu pada tiap perayaan Syawal mampu mengubah segalanya?
Buku Frank Swettenham ‘Gelagat dan Ragam Orang Melayu’ tak pernah diharamkan.
Bahkan laku keras sehingga hari ini, walau seisi alam semesta menjadi saksi, bahawa lelaki Inggeris ini adalah penjajah tanah Melayu suatu ketika dahulu.
Lalu dimana dosa penulis Melayu kecil seperti Hadri menulis esei-esei tentang bangsanya sendiri?