Description
“POLITIK ADALAH PROSES MENCIPTA SEJARAH”
Itu adalah kata-kata Adolf Hitler dalam buku keduanya yang tidak mempunyai tajuk, tidak diterbitkan dan disimpan selepas penerbitan buku pertamanya iaitu Mein Kampf.
Hanya dua salinan dari 200 muka surat dari manuskrip tersebut yang asli dan hanya satu sahaja yang didedahkan kepada orang awam. Dirahsiakan atas arahan Hitler, dokumen ini disimpan di dalam tempat perlindungan serangan udara pada tahun 1935 sehinggalah ia ditemui oleh seorang pegawai Amerika pada tahun 1945.
Ditulis pada tahun 1928, keaslian buku ini telah disahkan oleh Josef Berg (Bekas pekerja (bekas pekerja rumah penerbitan Nazi Eher Verlag), dan Telford Taylor (bekas Brigadier Jeneral U.S.A.R, dan Ketua Peguam di mahkamah jenayah Nuremberg yang mana selepas membuat satu analisis tahun 1961, beliau memberi komen:
“Jika buku Hitler pada tahun 1928 dibaca pada tahun berselang, ianya bukan sahaja akan menarik minat para ilmuwan, tetapi juga pembaca umum.”