Search
Close this search box.

Ciri-Ciri Menantu Yang Baik (Lelaki Wajib Baca!)

Ciri-ciri bakal menantu yang baik:

1. Sentiasa melakukan kerja amal secara serius kepada orang miskin, anak yatim dan orang-orang susah. Contohnya mengikuti program-program memberi makan kepada gelandangan atau menyertai persatuan yang selalu mengadakan program melawat rumah anak yatim.

2. Cakna tentang isu-isu kemanusiaan, politik, sosial dan ekonomi. Contohnya mengetahui realiti zaman sekarang bahawa ramai orang yang masih fakir miskin, menyedari masalah-masalah ketirisan dalam ekonomi Malaysia dan isu-isu politik dalam Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

3. Boleh berkomunikasi dengan semua golongan dengan sangat baik seperti boleh berbicara seperti keanak-anakan kepada kanak-kanak, boleh berbual secara matang dengan orang yang lebih tua, serta menjadi yang paling matang percakapannya antara kawan seusia.

4. Tahu hak-hak masyarakat dan suka memperjuangkannya. Contohnya, mengetahui tentang isu di Kampung Chubadak, meneliti dengan adil tentang isu itu, kemudian perjuangkannya dengan menyebarkan pendapat, berdemonstrasi atau berbincang dengan pihak berkuasa.

5. Suka menyebarkan idea-idea serta ilmu kepada orang lain melalui penulisan atau ceramah. Contohnya, menulis di Facebook tentang idea-idea bagi menambahbaik sistem pendidikan negara.

6. Kuat fizikal dan mental yakni boleh melakukan kerja-kerja luar dan mampu bertahan dengan cabaran yang ada. Contohnya, tak rasa malas untuk bersukan, mendaki gunung dan menyertai persatuan.

7. Ada wawasan hidup. Setiap perkara yang dilakukan ada sebabnya. Wawasan hidup itu perlulah jelas contohnya, bila nak kerja, nak kerja apa, nak kahwin bila, nak anak berapa, nak mati bila dan sebagainya.

8. Mempunyai mentaliti minda kelas pertama. Contohnya, membuang sampah dalam tong sampah, bagi isyarat kalau nak belok kereta dan tidak memanggil bangsa Cina dan India dengan panggilan yang rasis.

9. Mengamalkan ajaran agama. Contohnya solat lima waktu dalam sehari, pergi ke gereja setiap hari Ahad dan melakukan puja terhadap Trimurti. Petikan tulisan Muwarwa Farid dari bukunya, Aku Bukan Ustak Youtiub.

Lain Yang Menarik

Buku Liar

Kalau DuBook Dah Tak Buat Buku, DuBook Buat Apa?

Nintendo sebelum buat konsol game merupakan pengeluar Hanafuda Card, kad yang digunakan oleh para Yakuza untuk berjudi. Peugeot (cara sebut, puh zhow) ubah Kilang Tepung